Sunday, October 12, 2008
pakaian tradisional di Malaysia
Perkembangan dalam seni batik
Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau.
Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.
Sejarah dari mana datangnya kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun dan asal usul perkataan songket dikatakan berasal daripada ‘menyungkit’ kerana dalam bahasa Siam ‘kek’ membawa erti menyungkit selain ‘songkok’ (China) membawa maksud yang sama.
Mengikut Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari Timur Tengah, Parsi, Turki dan Moghul (India) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya.
Corak dan motif
Corak dan motifnya memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekali gus mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang kaya dengan keindahan dan keunikan. Antara corak yang digunakan:
Susunan bunga penuh
Susunan bunga bertabur
Susunan bercorak
Motif yang digunakan pula adalah seperti:
Motif Tumbuh-tumbuhan
Motif Binatang
Motif Alam/Benda
Motif Kuih
Proses pembuatan
Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun. Proses menyungkit dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.
Mencelup benang
Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.
Melerai benang
Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.
Menganeng benang
Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.
Menggulung
Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.
Menyapuk benang
Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.
Mengarak benang
Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.
Menyongket benang
Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang.
Menenun
Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.
Songket kini
Hari ini, pemakainya lebih menyeluruh, tidak terhad kepada kerabat diraja. Cara pemakaiannya juga lebih meluas, bersesuaian dengan majlis begitu juga corak dan motifnya yang semakin kontemporari, sesuai dengan perubahan dan peredaran masa. Suasana yang melatari songket kini turut berubah selaras dengan peredaran masa.
Kini, usaha untuk memastikan kesinambungan industri songket masih berterusan dan secara relatifnya berjaya mencapai tahap yang memuaskan sehingga songket semakin popular digunakan sebagai busana majlis perkahwinan, hantaran perkahwinan, cenderahati dan hiasan dinding.
Peningkatan kos penghasilan sutera, benang emas dan perak serta perubahan fesyen dan trend sedikit sebanyak mempengaruhi industri songket seawal pertengahan abad ke-20.
Usaha memartabatkan industri songket Malaysia ke persada fesyen tanah air dan antarabangsa dicetuskan oleh Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood.
Perjuangan Allahyarham Endon yang tidak mengenal putus asa menganjurkan pelbagai program bagi mengembalikan kegemilangan songket Melayu seolah-olah memberi nyawa baru kepada industri seni fabrik yang menjadi identiti masyarakat Malaysia.
tarian tradisional di Malaysia
Tarian Zapin (Jawi:زافين) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan diketahui berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di tanah nusantara iaitu di tanah semanjung melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:-
Tarian Zapin Arab
Tarian Zapin Johor
Tarian Zapin Lenga
Tarian Zapin Pekan
Tarian Zapin Tenglu
Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang dan marakas.
alat muzik tradisional di Malaysia
Pengenalan
Secara amnya, selain daripada digunakan untuk menghasilkan berbagai jenis muzik, alat alat muzik ini merupakan bahan estetika yang penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai alat penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa(magis) selain dari fungsi utama sebagai alat hiburan.
Terdapat lima kategori Alat Muzik Tradisional:
Kordofon
Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.
Membranofon
Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.
Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat.
Erofon
Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan.
Erofon Bebas
Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara dengan car meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ianya diperbuat dari pelbagai bentuk yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya. Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk tujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain.
rAncAngAn pEngAjArAn hArIAn
Tahun : 3 Aktif
Tarikh : 6 Ogos 2008
Masa : 60 minit
Bilangan murid : 28 orang
Tajuk : Kesenian dan kebudayaan
Objektif :
Pada akhir pelajaran, murid akan dapat:
i. Melafazkan syair dengan intonasi dan sebutan yang betul.
ii. Mengenal pasti isi penting dan menyusun isi penting berdasarkan bahan rangsangan.
iii. Menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam teks.
Fokus Utama :
6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.
Aras : 2 (i) Mengimbas maklumat yang sesuai daripada teks untuk
menyokong fakta.
Fokus Sampingan :
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras : 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi
dan gaya penyampaian yang betul.
Sistem Bahasa :
1. Morfologi : kata kerja.
2. Sintaksis : ayat tanya.
3. Kosa kata : nescaya, diberkati dan canggung.
Pengisian Kurikulum:
a. Ilmu : Kajian Tempatan.
b. Nilai Murni : Kerajinan, patriotisme dan semangat bekerjasama.
c. Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir, pembelajaran konstruktivisme,
menganalisis dan kecerdasan pelbagai.
Pengetahuan Sedia ada:
- membina ayat.
- mengetahui serba sedikit mengenai tarian tradisional yang ada di Malaysia.
Bahan Bantu Mengajar: Syair Budaya
Kompang
Lembaran kerja
Kad kata kerja
LANGKAH/
MASA
Set Induksi
( 5 minit )
Soalan :
1. Apakah kesenian
yang popular di
Malaysia?
2. Siapa yang pernah
melihat persembahan
kesenian?
3. Waktu bilakah acara
kesenian selalu
diadakan?
· Guru bertanya kepada murid tentang kesenian yang popular di Malaysia.
· Guru dan murid bersoal jawab dengan murid tentang perkara tersebut.
· Guru mengaitkan tajuk pelajaran.
Strategi:
Soal jawab
Nilai:
Semangat bekerjasama
Langkah 1
( 20 minit )
Syair Budaya
· Guru memaparkan Syair Budaya di layar putih.
· Guru membaca syair dan diikuti oleh murid.
· Murid dibahagikan kepada empat kumpulan dan dikehendaki membincangkan isi-isi penting
yang terdapat dalam syair tersebut.
· Wakil bagi setiap kumpulan diminta ke hadapan kelas dan membentangkan hasil
perbincangan.
· Guru dan murid bersoal jawab tentang isi perbincangan yang diperolehi.
BBM:
Persembahan grafik Syair Budaya
Komputer riba
LCD
Strategi:
Perbincangan
Pembentangan
Nilai:
Kerjasama
Langkah 2
( 20 minit )
Kompang
· Murid masih berada dalam kumpulan masing-masing.
· Guru menunjukkan kompang kepada murid.
· Guru menunjukkan teks mengenai kompang.
· Murid dikehendaki menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam teks tersebut.
· Wakil kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
BBM:
Kompang
Persembahan grafik kompang
Komputer
LCD
Strategi:
Perbincangan
Pembentangan
Nilai:
Kerjasama
Langkah 3
( 10 minit )
Kata kerja
· Melompat
· Berlari
· Menulis
· Membaca
· Menonton
· Memasak
· Guru menampal kad yang mengandungi kata kerja.
· Murid diminta membina ayat menggunakan kata kerja tersebut.
· Guru menilai ayat yang dibina oleh murid.
BBM:
Kad-kad kata kerja
Papan Tulis
Nilai:
Menepati masa
Penutup
( 5 minit )
Penutup kognitif:
Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi?
Penutup sosial
· Murid diminta menyatakan perkara-perkara yang telah dipelajari.
· Guru membuat penutup sosial.
· Guru memberi ucapan penghargaan kepada pelajar kerana memberi kerjasama yang baik.
Kerja rumah:
· Membina ayat dalam lembaran kerja yang diberi oleh guru.
Nilai murni:
Patriotisme
Semangat bekerjasama
Refleksi/ ulasan